Friday, September 4, 2009

~kesedihan

Assalamualaikum pembuka bicara..

*******************************

Emosi sedih amat sinonim dalam jiwa insan yang bergelar manusia. tanpa perasaan sedih manusia tidak kenal erti setitis air mata. Allah menciptakan perasaan ini agar manusia berfikir kenapa bahawa hidup ini tidak menentu. kadang-kadang kita melihat sinaran mentari, kadang-kadang pula kita melihat keindahan pelangi tetapi kadang-kadang langit tidak selalu cerah, suram malam tidak berbintang, dan hujan pula turun membasahi bumi. Inilah kehidupan kita sebagai hamba Allah. Allah mnciptakan kesedihan agar manusia tahu menilai erti sedih.

Sedih ertinya kita berdukacita dengan pengalaman hidup yang menimpa diri kita iaitu sesuatu yang menghalang keinginan hati kita. semua insan pasti merasai sedih kerana kita dianugerahkan perasaan. namun begitu, kesedihan yang melanda adalah disebabkan beban pengalaman mengatasi kekuatan diri. kita akan merasai sedih apabila sesuatu yang kita tanggung tidak dapat kita pikul sebaik-baiknya ataupun kita gagal memikulnya ataupun kita terseksa ketika memikulnya. percayalah kekuatan kita hanya kita peroleh apabila kita memikul beban itu, jika tidak masakan kita kenal sejauh mana kekuatan kita.


mereka yang gagal adalah mereka yang cepat berputus asa. inilah punca kesedihan itu berlaku. namun begitu, tidak semua perasaan sedih itu disebabkan oleh faktor yang negatif tetapi perasaan sedih akan muncul apabila kesedaran terbit dalam diri kita. kesedihan juga disebabkan oleh perasan keharuan dalam memperoleh sesuatu yang tidak disangka.


inilah istimewanya perasaan sedih. cuba kita semua renung kembali, kenapa kita bersedih dan untuk apa kita bersedih. andainya sedih itu menguasai diri kita.. janganlah biarkan diri kita sentiasa bersedih kerana Allah sentiasa menemani kita......


wallahua'lam...

4 comments:

Blog Widget by LinkWithin